Tidur Penting untuk kesihatan

     Tidur adalah satu jangka masa dimana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.

     Anggaran satu per tiga hayat kita dihabiskan untuk tidur. Tidur mendalam berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan tidur seperti juga kita memerlukan oksigen.
 

     Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur berkualiti baik mampu memberikan kesan menakjubkan
ia membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif serta kesejahteraan emosi.. 

Memiliki bantal yang sesuai membantu mendapatkan tidur berkualiti baik yang diinginkan.

Tahukah anda kebaikan tidur ?

Tidur penting untuk ……
 


  • Pertumbuhan Sihat
Pertumbuhan fizikal juga berlaku semasa tidur. Pertumbuhan tersebut berlaku semasa tidur mendalam berkualiti baikberlaku dan ia adalah salah satu sebab mengapa kanak-kanak memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa.
Jadi ia membantu anda untuk bersedia belajar keesokannya

  • Memperbaiki memori
Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi, otak menguruskan maklumat yang tersimpan. Otak berbuat demikian bagi membolehkan penyimpanan, pengekalan dan penyusunan memori.
Jadi ia berfungsi meningkatkan daya ingatan

  • Meningkatkan Kesejahteraan Emosi
Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi berlaku, ia menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan emosi. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi menunjukkan peningkatan kejengkelan dan ketidaksabaran, jadi ia berfungsi menghilangkan tekanan
  • Selain itu tidur membantu tubuh sembuh dari penyakit dan luka

Cara mudah mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa gunakan produk

Rahsia kulit cerah secara semulajadi.

Memiliki wajah yang bersih dan cerah menjadi keinginan setiap wanita. Wanita yang berkulit cerah pun masih perlu menjaga wajah mereka daripada diserang noda-noda hitam. 

Sementara wanita berkulit sawo matang pula tidak salah melalui proses pencerahan kulit wajah tetapi mesti menggunakan teknik dan cara yang betul. Tahukah anda tanpa berbelanja besar pun anda boleh mencerahkan wajah dengan sumber semulajadi. Jom cuba.




1. Lemon

    Lemon sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit mati dan menjadikan kulit putih secara semulajadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi malam untuk mendapatkan hasil maksimum.

2. Putih telur
    Telur bermanfaat melembabkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih di wajah umpama seperti memakai masker. Putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.



3. Avokado
    Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.




4. Tomato
    Tomato juga boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit mati pada wajah. Gunakan masker tomato pada malam hari dan bilas dengan air suam pada pagi hari. Lakukannya setiap hari untuk mencerahkan kulit dari dalam.

5. Pisang
    Gunakan campuran pisang dan madu sebagai masker untuk mencerahkan kulit wajah. Caranya hancurkan pisang dan campurkan bersama madu untuk dijadikan masker. Lulur ke seluruh kulit wajah dan ratakan dengan sempurna. Biarkan ia sehingga 15 minit kemudian bilas muka dengan air bersih. Lakukan sebagai rutin harian anda.

6. Tidur mencukupi
    Tidur dan rehat yang cukup menjadi faktor yang besar dalam kesihatan kulit. Kulit anda akan menjadi kusam jika kurang tidur. Justeru itu, pastikan anda mempunyai tidur yang cukup setiap hari supaya kulit wajah anda senjadi segar, cerah dan sihat.

Cantikkan kuku secara semula jadi

Kuku adalah salah satu bahagian pada tangan yang perlu diambil berat. Ramai yang memandang remeh dari segi aspek penjagaan kuku terutama dari segi aspek kebersihannya. Adakah anda tahu melalui kuku ia dapat menggambarkan perwatakan seseorang itu.

Penjagaan kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kulit, rambut dan anggota badan yang lain juga. Akan tetapi masih ramai yang masih tidak mengetahui bagaimana menjaga kuku agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan cantik. Jom kita lihat tip tradisional berikut :







1. Limau Nipis
    Gunakan limau nipis untuk merawat kuku. Gosokkan limau pada kuku dan biarkan beberapa minit. Kemudian cuci dan hasilnya kulit akan kelihatan cantik.







2. Belimbing Buluh
    Bersihkan kotoran di celah-celah kuku, kemudian ambil belimbing buluh dan gosokkan pada kuku. Pastikan luar belimbing juga digunakan kerana ia boleh membantu menguatkan kuku.


3. Kunyit Hidup 
    Kunyit hidup sebenarnya dapat membantu mengurangkan bau kurang enak pada kuku. Campurkan parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir sekali lap dengan tuala kering dan lihatlah hasilnya.

4. Bawang Putih
    Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin, ia akan dapat membantu menguatkan struktur kuku. Bawang putih juga boleh mengilatkan lagi kuku.

5. Getah Buah Betik
    Getah buah betik baik untuk pembersihan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan tidak mudah kering. Ia dapat melindungi kuku dengan baik jika dilakukan dengan kerap. 

Ibu bapa sila amalkan tips penjagaan makanan ini untuk anak anda

Berikut beberapa tip tabiat diet yang baik bagi ibu bapa amalkan di rumah untuk anak yang sedang membesar:
 


  1. Pastikan anak anda makan sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan yang berkhasiat akan memberinya permulaan hari yang baik, menggerakkan metabolismenya, serta memberikan tenaga untuknya belajar dan bermain di sekolah. Anak anda boleh pilih sarapan pagi yang ringkas seperti segelas susu bersama semangkuk bijirin sarapan atau sandwich tuna. Bagi ibu bapa yang sentiasa terburu-buru pada waktu pagi, cuba rancang dan sediakan bahan ramuan pada malam sebelumnya. 
  2. Pastikan anak anda mempunyai tiga waktu makan utama dan dua snek setiap hari. Makan snek antara waktu makan akan membantu anak anda bertenaga sepanjang hari. Pilih snek yang berkhasiat, seperti kraker biasa, buah-buahan dan yogurt. Bagaimanapun, jangan ganti waktu makan utama dengan snek. Jangan beri snek kepada anak anda dua jam sebelum waktu makan utama bagi mengelakkan anak anda hilang selera semasa waktu makan utamanya. 
  3. Sediakan bekalan snek yang berkhasiat (seperti sandwic, buah-buahan potong) untuk anak anda bawa ke tadika atau sekolah. Ini merupakan satu cara memastikan dia makan secara sihat walaupun di luar rumah.   
  4. Kurangkan menggoreng dalam minyak yang banyak, guna kaedah masak yang sihat seperti stim, kacau goreng, bakar dan panggang. Had penggunaan lemak, gula, garam dan perasa dalam masakan.
     
  5. Beri anak minum susu setiap hari. Jangan berhenti hanya kerana dia telah bersekolah. Galakkan dia minum 6-8 gelas air kosong sehari. Anda juga boleh memberi anak anda sumber cecair lain seperti sup dan jus, sebaik- baik-nya yang rendah lemak dan gula.
     
  6. Pemakanan yang baik bukan sekadar boleh mencegah masalah berlebihan berat atau kurang berat dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah asas ke arah membentuk kesihatan mereka untuk jangka masa panjang. Jadi tanamlah tabiat makan secara sihat di dalam anak anda daripada kecil, supaya dia akan menikmati tumbesaran dan perkembangan yang optimum, dan juga kesihatan yang baik pada masa hadapan.

5 aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
 

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.



 



DIARI PEMAKANAN
Simpan Satu Diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. 

Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

 

UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.




 

CARA MASAKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


PILIHAN PERKAKAS
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

 

TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


 

KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

 

AKTIVITI SAMPINGAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. 
Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
 

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. 

Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
  1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
  2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah dengan menaiki lif
  3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
  4. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
  5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

11 Petua Diet untuk kesihatan

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle' (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. 


Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI


Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
 

ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
 

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.



MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


PILIH MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Petua mengatasi masalah mulut berbau dan nafas berbau dengan berkesan.

Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? 
Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu untuk bercakap dengan orang ramai. 

Cubalah amalkan mana-mana petua mudah berikut, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut dan nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.


2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3) Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.


4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalkan 2 kali sehari setiap hari.

6) Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

Kenapa ada orang susah sangat nak turun berat badan?

Senaman dah buat, diet pun dah sampai ada yang sanggup tidak makan nasi berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Jangan dera diri sendiri hanya untuk cantik tau..

Di sini admin kongsikan satu petua turunkan berat badan yang sangat mudah. Iaitu turunkan berat badan dengan air kosong. Air kosong? ya, air kosong, senang nak dapat dan paling murah.

Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong 



1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam

unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan:

Berat badan Ali ialah 75kg.

(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.


2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
 

3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir. dan banyak lagi kelebihan minum air kosong nih. Jadi, pastikan anda minum air kosong yang cukup untuk menjaga kesihatan diri anda. 

Selamat Mencuba

Tip Masak Secara Sihat

Untuk mengurangkan pengambilan natrium, lemak dan kolestrol, cara memasak adalah sama pentingnya dengan apa yang kita masak. Anda boleh memakan apa sahaja makanan  kegemaran anda jika tahu bagaimana cara memasaknya secara sihat. Jauhkan garam daripada tempat anda memasak, kurangkan penggunaan minyak yang memang diketahui mengandungi banyak lemak dan kalori yang tidak diperlukan oleh badan. 

Ikuti langkah berikut bagi cara memasak yang lebih sihat.

1. Kacau goreng
    Gunakan periuk untuk memasak sayur, makanan laut dan daging pula dimasak di dalam stok sayuran ataupun paling tidak menggunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit.

2. Ketuhar Gelombang 
    Memasak menggunakan ketuhar gelombang adalah sebagai alternatif yang baik kerana ia cepat dan tidak menambahkan lemak atau kalori.
3. Panggang
    Letak penapis di atas kuali supaya daging yang dimasak tidak diletakkan di atas minyak titisannya sendiri.

4. Bakar 
    Sebelum makanan dibakar, sapukan alatan masakan dengan jus lemon atau minyak soya tambahan.

5. Stim
    Stimkan sayur-sayuran di dalam bakul di atas air yang sedang mereneh. Ia akan mengekalkan lebih rasa dan tidak memerlukan penggunaan garam. 

Penggunaan Masker dari Bahan-bahan Semulajadi

Selain penjagaan asas wajah, penggunaan masker merupakan perawatan muka tambahan yang amat berguna. Ia dapat menegangkan kulit muka dan melicinkannya. Penggunaan produk tumbuhan tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam pembuatan masker. Kulit yang remaja boleh menggunakan masker daripada sayur-sayuran seperti timun, tomato, lobak merah,kentang dan sengkuang yang boleh disediakan sendiri di rumah. Jom lihat khasiatnya.

1. Masker SENGKUANG 
    Masker ini sangat sesuai untuk para remaja. Campuran masker sengkuang dengan air mawar dapat memutihkan dan menghilangkan tanda-tanda hitam atau pigmentasi muka.






2. Masker BAYAM
    Masker ini diperbuat daripada bayam dan sedikit serbuk ubat jerawat. Ia sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat dan menghilangkan rasa gatal di muka. Khasiat lainnya ialah untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat.






3. Masker TOMATO
    Tomato atau nama saintifiknya Lycopersicom Esculentun yang dicampurkan dengan sedikit masker sengkuang dan air akan menghaluskan dan melicinkan kulit muka.







4.  Masker LOBAK MERAH
    Nama sains bagi lobak merah ialah Daucus Carota. Lobak merah dicampurkan dengan masker sengkuang dan sedikit air mawar akan mengembalikan kelembapan kulit wajah  dan keremajaan anda.




5.  Masker KENTANG
    Kentang atau nama saintifiknya Solanum tuberosum boleh dijadikan masker untuk kegunaan pada muka dan juga badan. Masker ini dicampurkan dengan masker sengkuang dan air mawar sehingga menjadi krim. Hasilnya akan melembutkan dan memutihkan kulit.





6.  Masker TIMUN
    Nama sains bagi timun ialah Cucumis sativa L. Ia boleh digunakan dalam dua bentuk iaitu airnya boleh dijadikan sebagai penyegar manakala isinya dicampur dengan masker sengkuang boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa jerawat.




Jom cuba. 

5 Teknik Gloss Untuk Wajah

Jika bicara soal gloss, pasti imaginasi anda adalah pengilap bibir yang mampu membantu memberikan suntikan pada bibir laksana suntikan botoks. Itulah peranan pengilap bibir.

  1. Teknik tulang pipi lebih terserlah. Selain daripada shading pengilap bibir juga boleh membuatkan tulang pipi lebih terserlah. Anda hanya perlu memilih pengilat bibir tanpa kesan shimmery. Pilih warna yang sesuai seperti merah jambu cerah, jingga dan coklat. Letakkan sedikit gloss di atas tulang pipi anda sebelum anda ratakan ia dengan hujung jari. 
  2. Miliki pipi gebu penuh ceria. Sapukan pengilat bibir dengan teknik ini akan memberikan ilusi wajah yang sihat dan ceria. Trik ini boleh dibuat dengan meratakan gloss yang samar pada bahagian  wajah yang menjadi fokus cahaya.
  3. Trik kilauan kelopak mata. Anda boleh membuatkan pembayang mata bertahan lebih lama dengan pengilat bibir dengan menyapu pada sedikit pengilat bibir rona jernih pada bahagian alis mata. Teknik ini tidak memerlukan anda untuk mengulang sapuan seperti anda lakukan pada bibir anda. Ia akan memerangkap tekstur debu pembayang mata agar lebih tahan serta memberi ilusi shimmer pada mata. Sapukan pembayang mata di atas sapuan pengilat bibit tadi dan anda boleh terus melukis mata anda menggunakan penggaris mata jenis pensel untuk melengkapkan rias diri. Jika solekan ini digunakan pada waktu siang, hadkan penggunaan pengilat bibir ini di bahagian kelopak mata dalam sahaja. Penggunaan di hujung kelopak mata luar hanya sesuai jika anda ingin mengenakan gaya unik di majlis keraian.
  4. Teknik bulu mata galak mempesona. Maskara sudah memadai sebebarnya tetapi boleh dilipat gandakan ketebalan bulu mata dengan maskara jenis jel dari rona putih kristal. Teksturnya hampir sama dengan pengilap bibir. Gunakan ia sebagai sapuan pertama pada bulu mata sebelum anda melapiskan ianya dengan maskara. Bulu mata anda akan menjadi tebal dan galak secara natural.
  5. Bibir seksi penuh menggoda. Kehebatan gloss pada bibir memang tidak dapat dinafikan lagi. Ia akan menyerlahkan bentuk bibir malah memberikan kesan basah pada bibir. Serasikan pemilihan pengilat bibir dari rona yang hampir sama dengan gincu supaya lebih sekata. Jika anda menggunakan rona terang untuk gincu, anda boleh menggunakan rona jernih dan itu sudah memadai.
Kesan kilauan gloss kini bukan sahaja untuk dinikmati oleh bibir anda sebaliknya untuk keseluruhan wajah. Gunakan ia untuk mata, pipi dan bulu mata untuk kesan yang lebih mempesona.  

Ketahui Waktu Paling Sesuai Untuk Bersenam

Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam.
Kesibukan kita bekerja pada waktu siang hari mencari rezeki telah membuatkan kita sukar mencari masa untuk membuat senaman. Berikut adalah waktu disenaraikan kelebihan bersenam mengikut waktu yang sesuai anda pilih.

Waktu Pagi

  • Kualiti udara lebih baik pada waktu pagi kerana kurang pencemaran
  • Disebabkan metabolisme yang meningkat pada waktu pagi, maka lebih banyak kalori dapat dibakar sepanjang hari, seterusnya lebih banyak 'kilogram' dapat diturunkan.
  • Dapat memperbaiki ketajaman fikiran dan mental
  • Mereka yang bersenam di waktu pagi lebih mudah menjadikan senaman sebagai satu amalan
 Tips bersenam di waktu pagi
  • elakkan terus bangun serta merta selepas terjaga dari tidur. Sebaik sahaja bangun dari tidur, baring buat seketika iaitu selama beberapa minit.
  • Pastikan anda telah bersarapan sebelum memulakan senaman. Antara yang sesuai dimakan adalah roti, telur, buah-buahan selain segelas susu.
  • Oleh sebab keadaan cuaca yang sejuk berembun di waktu pagi, elakkan daripada melakukan senaman yang mengeluarkan peluh berlebihan kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Tambah lagi jika baju telah dibasahi peluh. 
  •  

Waktu Tengah Hari
  • kemampuan dan semangat untuk beraerobik adalah 4 peratus lebih tinggi pada waktu tengah hari.
  • dapat mengawal jumlah makanan yang hendak dimakan kerana ia dapat menghadkan masa anda di meja makan.
  • memperbaiki perjalanan darah ke otak.
  • mengurangkan stres akibat kerja, tugasan dan sebagainya.
  • pada waktu ini, kurang risiko kecederaan kerana waktu tengah hari otot-otot lebih panas dan mudah dilenturkan.
Waktu Petang/Malam
  • Bagi kebanyakan orang, suhu badan dan paras hormon berada di paras tertinggi pada jam 6 petang. Bersenam tiga jam sebelum waktu kemuncak ini, dapat memberi manfaat sepenuhnya terutamanya dalam membina otot.
  • kebanyakan kajian menyokong idea yang mengatakan bahawa senaman dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang.
  • bersenam pada waktu petang memberikan kelegaan terhadap tekanan jiwa yang di alami selama sehari suntuk. Ia mencetuskan kecergasan dan ketenangan. Ia juga dipercayai memperbaiki sistem tidur anda. Ini disebabkan oleh kelegaan terhadap tekanan jiwa selain daripada memberi manfaat untuk hari esoknya.
  • berdasarkan kajian, kehilangan lemak dan keuntungan otot paling besar adalah sewaktu anda bersenam pada waktu petang. Ini juga ada benarkan kerana 2 jam selepas anda melakukan senaman selera makan anda akan berkurang.
Oleh itu, pilihlah waktu yang sesuai mengikut jadual anda.

Tip Bakar Lebih Banyak Kalori Sewaktu bersenam

Bagaimana cara terbaik untuk membakar lebih banyak kalori dan melatih lebih banyak otot sewaktu bersenam? Percaya atau tidak, hasil latihan terbaik dapat diperolehi apabila anda menghabiskan masa lima minit untuk menenangkan fikiran dan melihat semula rutin latihan anda. Ikuti langkah-langkah berikut :

1. Menarik nafas dalam-dalam
    Jangan tergopoh-gopoh ke gimnasium semata-mata untuk mengejar kelas aerobik. Sebaiknya bertenang dan cuba tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan keluarkan melalui mulut sambil menukar pakaian. Nafas dalam meningkatkan peredaran oksigen ke otot-otot tubuh, meningkatkan energi dan membuat fikiran lebih tenang.

2.  Minum Air
    Kajian menunjukkan bahawa mereka yang cukup minum air dapat berlatih sehingga tiga kali ganda berbanding mereka yang tidak cukup minum air. Dehidrasi merupakan faktor utama penyebab kepenatan. Minumlah dua hingga tiga gelas air 30 hingga 60 minit sebelum mula berlatih.




3. Semak kembali Rutin latihan
    Tulis rancangan latihan anda untuk esok mulai hari ini. Kemudian baca kembali sebelum berlatih untuk meneguhkan komitmen anda dan membantu penggunaan masa secara efisyen.

4. Praktikalkan latihan anda di dalam fikiran
    Ambil masa satu minit untuk menggambarkan diri anda sendiri melakukan 'lunges', 'squats' atau berlari di atas 'treadmill'. Ketika ini pasti denyut jantung anda akan semakin meningkat dan otot mula bertindak balas dan nafas juga menjadi lebih berat.

Secara kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa setiap waktu bersenam ada kelebihan yang tersendiri. Jadi andalah yang seharusnya menentukan waktu terbaik untuk bersenam, yang bersesuaian dengan matlamat, jadual serta cara hidup anda agar segala masa terluang dapat dimanfaatkan sepenuhnya.