Covid19 : Peluang Masak Secara Sihat Ketika Duduk Di Rumah

Salam Ramadan dari Team Majalah Sihat Cantik. 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memasuki Fasa ke-4 apabila Perdana Menteri mengumumkan PKP ini akan dilanjutkan lagi selepas tamat Fasa ke-3 ini. Oleh itu, ibu-ibu yang menjadi chef di rumah mempunyai peluang untuk masak secara sihat bagi memenuhi perut seisi keluarga. :)

Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini, juadah berbuka perlu disediakan secara sihat bagi memastikan keluarga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga untuk mengharungi bulan puasa ini. Jom kita lihat tips memasak secara sihat yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tukang masak di rumah sama ada ibu atau bapa.

#Tips 1 : Hadkan penggunaan garam, gula dan minyak. 
Semua orang tahu 3 bahan masakan ini sangat menyelerakan tetapi akan memudaratkan jika diambil secara berlebihan. Jadi gunakan kesempatan untuk masak sendiri di rumah ini dengan menghadkan penggunaan garam, gula dan minyak. Jika makan di kedai, kita kena terima sahaja jumlah bahan yang digunakan dalam masakan yang dimakan. Di rumah, kitalah yang menentukan jumlah penggunaan bahan-bahan tersebut.

#Tips 2 : Gunakan perencah semulajadi
Apakata gunakan perencah semula jadi selain anda beli terus perasa atau perencah yang sedia ada di kedai.  Buat sendiri perencah dengan bahan-bahan masakan seperti bawang, rempah-ratus dan pelbagai lagi. Anda boleh google sendiri kerana ramai yang berkongsi cara membuat perencah sendiri di rumah. Ia lebih sihat dan pasti lebih sedap dengan air tangan anda sendiri.

#Tips 3 : Masak dengan cara yang betul
Masak dengan cara yang betul akan dapat mengurangkan kehilangan zat yang banyak, mengekalkan rasa asli masakan serta dapat merendahkan kalori dalam makanan. Antara cara memasak yang disyorkan adalah mengukus, mereneh dan memanggang

Pelbagai lagi tips untuk anda memasak dengan cara yang sihat bagi memastikan keluarga anda sentiasa dijamu dengan makanan yang berkhasiat. Anda ialah apa yang anda masak. Masaklah secara sihat. Jangan lupa juga untuk terus kekal cergas walaupun berada di rumah.

Selama berpuasa.

#StayAtHome
#KitaJagaKita


Sumber : infosihat.gov.my




NAK KURUSKAN BADAN? KLIK GAMBAR DI BAWAH



https://bit.ly/AkuKurus

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »