Apabila anda mula merasakan tekanan akibat PKP ini, apakata ambil langkah segera dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :
i) Sentiasa berhubung dan berinteraksi dengan orang tersayang dan rakan rapat.
ii) Amalkan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur.
iii) Kurangkan masa melayari media sosial.
iv) Membaca dan mendengar muzik
v) Lakukan aktiviti senaman ringan seperti regangan otot dan yoga.
vi) Teknik ekspresi seni seperti melukis
vii) Cari Hobi baru
viii) Membantu ahli keluarga dalam tugasan.
Banyak lagi sebenarnya aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP ini di rumah. Lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Gunakan masa terluang ini untuk muhasabah diri dengan mendekatkan lagi diri kita pada tuhan yang Esa. Banyak mengaji, solat sunat, solat qada' dan ibadah lain yang boleh menjadi makanan rohani kita.
Selamat beramal.
Sumber : infosihat.gov.my