Covid-19 : Kekal cergas di rumah dengan latihan Litar di rumah

Hari ini kita akan belajar cara kekal cergas di rumah terutamanya pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah masuk Fasa Ke-3 ini. 

Kita boleh terus kekal cergas dengan mengamalkan Latihan Litar di rumah. Bersenam tidak akan jadi masalah walaupun anda kekal di rumah. Jom kita buat Latihan Litar di rumah.

#Stesen Tangga : Jika rumah anda mempunyai tangga, gunakan tangga untuk buat senaman 'stairs up dan down'.

#Stesen Sofa : Kemudian beralih ke stesen sofa. Lakukan senaman 'Knee to Elbow' . 

#Stesen Depan TV : Di sini anda boleh lakukan senaman "lunges" .

#Stesen Meja Kopi : Lakukan senaman 'push up' apabila berada di stesen meja kopi.

#Stesen Dinding : Dinding juga boleh digunakan untuk bersenam. Anda boleh lakukan 'wall squat'

Anda boleh buat senaman ini secara 10 ulangan dengan 3 set. Pastikan anda rehat 1 minit antara setiap set.

Seperti biasa pastikan anda melakukan sesi regangan sebelum dan selepas aktiviti senaman untuk mengelak sebarang kecederaan.

Sumber : infosihat.gov.my




Tips Kurus?
Klik Gambar di Bawah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »