Nafsu makan akan mula bertambah apabila kita berasa lapar setelah berpuasa sehari suntuk. Terutamanya anak-anak dan bapa anak juga. :) Bazar Ramadan sudah tiada pada tahun ini dan pelbagai alternatif dilaksanakan oleh para peniaga bagi memastikan juadah berbuka yang menyelerakan dapat dinikmati oleh pelanggan.
Apakata gunakan waktu PKP ini untuk mengisi perut seisi keluarga dengan masakan hasil ari tangan sendiri. Pelbagai juadah kesukaan boleh dimasak mengikut kegemaran masing-masing. Walaubagaimanapun pastikan anda mengikut tips yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bagi menyediakan menu yang sedap tetapi sihat untuk keluarga anda.
Tips #1
Apakata ajar anak-anak mulakan berbuka dengan mengambil juadah yang ringkas seperti buah kurma. Kurma adalah buah yang sunat dimakan ketika berbuka. Contohnya mulai berbuka dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong. Ini bagi memastikan perut tidak terkejut setelah seharian kosong tidak diisi kerana berpuasa.
Tips #2
Pastikan juadah berbuka yang disediakan hendaklah secara bersederhana. Sediakan apa yang akan habis dimakan. Cukup sekadar satu menu utama dan 1 atau jenis kuih. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan supaya kita tidak makan berlebihan. Ingat kerana selepas berbuka kita perlu mendirikan solat Maghrib. Seterusnya solat Isyak dan sunat Tarawikh. Pastikan perut kita selesa semasa mengerjakan ibadah. Jadi ibadah kita akan lebih sempurna.
Tips #3
Untuk kekal sihat pada bulan Ramadan ini, jangan lupa tips mengambil makanan pinggan suku suku separuh iaitu suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti; suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur. Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita.
Tips #4
Sudah pasti anda kena kurangkan makanan yang berlemak, tinggi garam dan gula.
Semoga puasa kita semua diterima olehNya. Jadikan bulan Ramadan sepanjang tempoh PKP untuk memperbanyakkan lagi ibadah kita. Semoga kita semua dirahmatiNya.
#StayAtHome
#KitaJagaKita
Sumber : infosihat.gov.my