5 Teknik Gloss Untuk Wajah

Jika bicara soal gloss, pasti imaginasi anda adalah pengilap bibir yang mampu membantu memberikan suntikan pada bibir laksana suntikan botoks. Itulah peranan pengilap bibir.

  1. Teknik tulang pipi lebih terserlah. Selain daripada shading pengilap bibir juga boleh membuatkan tulang pipi lebih terserlah. Anda hanya perlu memilih pengilat bibir tanpa kesan shimmery. Pilih warna yang sesuai seperti merah jambu cerah, jingga dan coklat. Letakkan sedikit gloss di atas tulang pipi anda sebelum anda ratakan ia dengan hujung jari. 
  2. Miliki pipi gebu penuh ceria. Sapukan pengilat bibir dengan teknik ini akan memberikan ilusi wajah yang sihat dan ceria. Trik ini boleh dibuat dengan meratakan gloss yang samar pada bahagian  wajah yang menjadi fokus cahaya.
  3. Trik kilauan kelopak mata. Anda boleh membuatkan pembayang mata bertahan lebih lama dengan pengilat bibir dengan menyapu pada sedikit pengilat bibir rona jernih pada bahagian alis mata. Teknik ini tidak memerlukan anda untuk mengulang sapuan seperti anda lakukan pada bibir anda. Ia akan memerangkap tekstur debu pembayang mata agar lebih tahan serta memberi ilusi shimmer pada mata. Sapukan pembayang mata di atas sapuan pengilat bibit tadi dan anda boleh terus melukis mata anda menggunakan penggaris mata jenis pensel untuk melengkapkan rias diri. Jika solekan ini digunakan pada waktu siang, hadkan penggunaan pengilat bibir ini di bahagian kelopak mata dalam sahaja. Penggunaan di hujung kelopak mata luar hanya sesuai jika anda ingin mengenakan gaya unik di majlis keraian.
  4. Teknik bulu mata galak mempesona. Maskara sudah memadai sebebarnya tetapi boleh dilipat gandakan ketebalan bulu mata dengan maskara jenis jel dari rona putih kristal. Teksturnya hampir sama dengan pengilap bibir. Gunakan ia sebagai sapuan pertama pada bulu mata sebelum anda melapiskan ianya dengan maskara. Bulu mata anda akan menjadi tebal dan galak secara natural.
  5. Bibir seksi penuh menggoda. Kehebatan gloss pada bibir memang tidak dapat dinafikan lagi. Ia akan menyerlahkan bentuk bibir malah memberikan kesan basah pada bibir. Serasikan pemilihan pengilat bibir dari rona yang hampir sama dengan gincu supaya lebih sekata. Jika anda menggunakan rona terang untuk gincu, anda boleh menggunakan rona jernih dan itu sudah memadai.
Kesan kilauan gloss kini bukan sahaja untuk dinikmati oleh bibir anda sebaliknya untuk keseluruhan wajah. Gunakan ia untuk mata, pipi dan bulu mata untuk kesan yang lebih mempesona.  

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »