Kesibukan kita bekerja pada waktu siang hari mencari rezeki telah membuatkan kita sukar mencari masa untuk membuat senaman. Berikut adalah waktu disenaraikan kelebihan bersenam mengikut waktu yang sesuai anda pilih.
Waktu Pagi
- Kualiti udara lebih baik pada waktu pagi kerana kurang pencemaran
- Disebabkan metabolisme yang meningkat pada waktu pagi, maka lebih banyak kalori dapat dibakar sepanjang hari, seterusnya lebih banyak 'kilogram' dapat diturunkan.
- Dapat memperbaiki ketajaman fikiran dan mental
- Mereka yang bersenam di waktu pagi lebih mudah menjadikan senaman sebagai satu amalan
- elakkan terus bangun serta merta selepas terjaga dari tidur. Sebaik sahaja bangun dari tidur, baring buat seketika iaitu selama beberapa minit.
- Pastikan anda telah bersarapan sebelum memulakan senaman. Antara yang sesuai dimakan adalah roti, telur, buah-buahan selain segelas susu.
- Oleh sebab keadaan cuaca yang sejuk berembun di waktu pagi, elakkan daripada melakukan senaman yang mengeluarkan peluh berlebihan kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Tambah lagi jika baju telah dibasahi peluh.
- kemampuan dan semangat untuk beraerobik adalah 4 peratus lebih tinggi pada waktu tengah hari.
- dapat mengawal jumlah makanan yang hendak dimakan kerana ia dapat menghadkan masa anda di meja makan.
- memperbaiki perjalanan darah ke otak.
- mengurangkan stres akibat kerja, tugasan dan sebagainya.
- pada waktu ini, kurang risiko kecederaan kerana waktu tengah hari otot-otot lebih panas dan mudah dilenturkan.
- Bagi kebanyakan orang, suhu badan dan paras hormon berada di paras tertinggi pada jam 6 petang. Bersenam tiga jam sebelum waktu kemuncak ini, dapat memberi manfaat sepenuhnya terutamanya dalam membina otot.
- kebanyakan kajian menyokong idea yang mengatakan bahawa senaman dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang.
- bersenam pada waktu petang memberikan kelegaan terhadap tekanan jiwa yang di alami selama sehari suntuk. Ia mencetuskan kecergasan dan ketenangan. Ia juga dipercayai memperbaiki sistem tidur anda. Ini disebabkan oleh kelegaan terhadap tekanan jiwa selain daripada memberi manfaat untuk hari esoknya.
- berdasarkan kajian, kehilangan lemak dan keuntungan otot paling besar adalah sewaktu anda bersenam pada waktu petang. Ini juga ada benarkan kerana 2 jam selepas anda melakukan senaman selera makan anda akan berkurang.