Memiliki wajah yang bersih dan cerah menjadi keinginan setiap wanita. Wanita yang berkulit cerah pun masih perlu menjaga wajah mereka daripada diserang noda-noda hitam.
Sementara wanita berkulit sawo matang pula tidak salah melalui proses pencerahan kulit wajah tetapi mesti menggunakan teknik dan cara yang betul. Tahukah anda tanpa berbelanja besar pun anda boleh mencerahkan wajah dengan sumber semulajadi. Jom cuba.
1. Lemon
Lemon sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit mati dan menjadikan kulit putih secara semulajadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi malam untuk mendapatkan hasil maksimum.
2. Putih telur
Telur bermanfaat melembabkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih di wajah umpama seperti memakai masker. Putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.
3. Avokado
Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.
4. Tomato
Tomato juga boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit mati pada wajah. Gunakan masker tomato pada malam hari dan bilas dengan air suam pada pagi hari. Lakukannya setiap hari untuk mencerahkan kulit dari dalam.
5. Pisang
Gunakan campuran pisang dan madu sebagai masker untuk mencerahkan kulit wajah. Caranya hancurkan pisang dan campurkan bersama madu untuk dijadikan masker. Lulur ke seluruh kulit wajah dan ratakan dengan sempurna. Biarkan ia sehingga 15 minit kemudian bilas muka dengan air bersih. Lakukan sebagai rutin harian anda.
6. Tidur mencukupi
Tidur dan rehat yang cukup menjadi faktor yang besar dalam kesihatan kulit. Kulit anda akan menjadi kusam jika kurang tidur. Justeru itu, pastikan anda mempunyai tidur yang cukup setiap hari supaya kulit wajah anda senjadi segar, cerah dan sihat.