Penjagaan kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kulit, rambut dan anggota badan yang lain juga. Akan tetapi masih ramai yang masih tidak mengetahui bagaimana menjaga kuku agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan cantik. Jom kita lihat tip tradisional berikut :
1. Limau Nipis
Gunakan limau nipis untuk merawat kuku. Gosokkan limau pada kuku dan biarkan beberapa minit. Kemudian cuci dan hasilnya kulit akan kelihatan cantik.
2. Belimbing Buluh
Bersihkan kotoran di celah-celah kuku, kemudian ambil belimbing buluh dan gosokkan pada kuku. Pastikan luar belimbing juga digunakan kerana ia boleh membantu menguatkan kuku.
3. Kunyit Hidup
Kunyit hidup sebenarnya dapat membantu mengurangkan bau kurang enak pada kuku. Campurkan parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir sekali lap dengan tuala kering dan lihatlah hasilnya.
4. Bawang Putih
Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin, ia akan dapat membantu menguatkan struktur kuku. Bawang putih juga boleh mengilatkan lagi kuku.
5. Getah Buah Betik
Getah buah betik baik untuk pembersihan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan tidak mudah kering. Ia dapat melindungi kuku dengan baik jika dilakukan dengan kerap.