Covid19 : Sedang Memilih Menu Untuk Berbuka Puasa? Amalkan 4 tips ini untuk kekal sihat di bulan Ramadan

Selamat berpuasa daripada team Majalah Sihat Cantik. Hari ini sudah masuk 4 Ramadan dan sudah 4 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Bagi para chef di rumah sama ada kaum ibu atau kaum bapa antara yang selalu bermain di fikiran pada bulan Ramadan ini adalah menu apa yang ingin dimasak untuk berbuka puasa.

Nafsu makan akan mula bertambah apabila kita berasa lapar setelah berpuasa sehari suntuk. Terutamanya anak-anak dan bapa anak juga. :) Bazar Ramadan sudah tiada pada tahun ini dan pelbagai alternatif dilaksanakan oleh para peniaga bagi memastikan juadah berbuka yang menyelerakan dapat dinikmati oleh pelanggan. 

Apakata gunakan waktu PKP ini untuk mengisi perut seisi keluarga dengan masakan hasil ari tangan sendiri. Pelbagai juadah kesukaan boleh dimasak mengikut kegemaran masing-masing. Walaubagaimanapun pastikan anda mengikut tips yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bagi menyediakan menu yang sedap tetapi sihat untuk keluarga anda.

Tips #1
Apakata ajar anak-anak mulakan berbuka dengan mengambil juadah yang ringkas seperti buah kurma. Kurma adalah buah yang sunat dimakan ketika berbuka. Contohnya mulai berbuka dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong. Ini bagi memastikan perut tidak terkejut setelah seharian kosong tidak diisi kerana berpuasa.


Tips #2
Pastikan juadah berbuka yang disediakan hendaklah secara bersederhana. Sediakan apa yang akan habis dimakan. Cukup sekadar satu menu utama dan 1 atau jenis kuih. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan supaya kita tidak makan berlebihan. Ingat kerana selepas berbuka kita perlu mendirikan solat Maghrib. Seterusnya solat Isyak dan sunat Tarawikh. Pastikan perut kita selesa semasa mengerjakan ibadah. Jadi ibadah kita akan lebih sempurna.


Tips #3
Untuk kekal sihat pada bulan Ramadan ini, jangan lupa tips mengambil makanan pinggan suku suku separuh iaitu suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti; suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur. Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita.

Tips #4
Sudah pasti anda kena kurangkan makanan yang berlemak, tinggi garam dan gula. 


Semoga puasa kita semua diterima olehNya. Jadikan bulan Ramadan sepanjang tempoh PKP untuk memperbanyakkan lagi ibadah kita. Semoga kita semua dirahmatiNya.

#StayAtHome
#KitaJagaKita


Sumber : infosihat.gov.my







NAK KURUSKAN BADAN? KLIK GAMBAR DI BAWAH



https://bit.ly/AkuKurus

Covid19 : Peluang Masak Secara Sihat Ketika Duduk Di Rumah

Salam Ramadan dari Team Majalah Sihat Cantik. 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memasuki Fasa ke-4 apabila Perdana Menteri mengumumkan PKP ini akan dilanjutkan lagi selepas tamat Fasa ke-3 ini. Oleh itu, ibu-ibu yang menjadi chef di rumah mempunyai peluang untuk masak secara sihat bagi memenuhi perut seisi keluarga. :)

Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini, juadah berbuka perlu disediakan secara sihat bagi memastikan keluarga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga untuk mengharungi bulan puasa ini. Jom kita lihat tips memasak secara sihat yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tukang masak di rumah sama ada ibu atau bapa.

#Tips 1 : Hadkan penggunaan garam, gula dan minyak. 
Semua orang tahu 3 bahan masakan ini sangat menyelerakan tetapi akan memudaratkan jika diambil secara berlebihan. Jadi gunakan kesempatan untuk masak sendiri di rumah ini dengan menghadkan penggunaan garam, gula dan minyak. Jika makan di kedai, kita kena terima sahaja jumlah bahan yang digunakan dalam masakan yang dimakan. Di rumah, kitalah yang menentukan jumlah penggunaan bahan-bahan tersebut.

#Tips 2 : Gunakan perencah semulajadi
Apakata gunakan perencah semula jadi selain anda beli terus perasa atau perencah yang sedia ada di kedai.  Buat sendiri perencah dengan bahan-bahan masakan seperti bawang, rempah-ratus dan pelbagai lagi. Anda boleh google sendiri kerana ramai yang berkongsi cara membuat perencah sendiri di rumah. Ia lebih sihat dan pasti lebih sedap dengan air tangan anda sendiri.

#Tips 3 : Masak dengan cara yang betul
Masak dengan cara yang betul akan dapat mengurangkan kehilangan zat yang banyak, mengekalkan rasa asli masakan serta dapat merendahkan kalori dalam makanan. Antara cara memasak yang disyorkan adalah mengukus, mereneh dan memanggang

Pelbagai lagi tips untuk anda memasak dengan cara yang sihat bagi memastikan keluarga anda sentiasa dijamu dengan makanan yang berkhasiat. Anda ialah apa yang anda masak. Masaklah secara sihat. Jangan lupa juga untuk terus kekal cergas walaupun berada di rumah.

Selama berpuasa.

#StayAtHome
#KitaJagaKita


Sumber : infosihat.gov.my




NAK KURUSKAN BADAN? KLIK GAMBAR DI BAWAH



https://bit.ly/AkuKurus

Covid19 : Cabaran Perut Cantik Dalam 7 Hari

Hari ini Majalah Sihat dan Cantik ingin berkongsi berkenaan cara melangsingkan badan dan mengempiskan perut di rumah terutamanya di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah masuk Fasa ke-3 ini. Pasti ada yang runsing kerana berat badan sudah mula naik kerana amalan pemakanan yang tidak betul. 

Apakata gunakan kesempatan di rumah terutama di bulan Ramadan yang akan tiba 2 hari lagi untuk sahut Cabaran Perut Cantik Dalam 7 hari yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini. 4 senaman yang akan dilakukan dalam cabaran 7 hari ini ialah Russian Twists, Heel Touch, Bicycle Crunches dan Crunches.

Mari kita tengok cara yang perlu dilakukan. Sebelum memulakan aktiviti senaman ini, pastikan anda lakukan sesi pemanasan badan dan regangan untuk mengelakkan kecederaan.

Hari Pertama :
8 Heel Touch
8 Russian Twists
8 Crunches
8 Bicycle Crunches


Hari Kedua : 
8 Heel Touch
8 Russian Twists
8 Crunches
8 Bicycle Crunches


Hari Ketiga : 
10 Heel Touch
10 Russian Twists
10 Crunches
10 Bicycle Crunches

Hari Keempat: 
10 Heel Touch
10 Russian Twists
10 Crunches
10 Bicycle Crunches

Hari Kelima : 
12 Heel Touch
12 Russian Twists
12 Crunches
12 Bicycle Crunches

Hari Keenam: 
12 Heel Touch
12 Russian Twists
12 Crunches
12 Bicycle Crunches

Hari Ketujuh : 
15 Heel Touch
15 Russian Twists
15 Crunches
15 Bicycle Crunches

Lakukan dengan betul supaya tidak mencederakan diri. Lakukan dengan tenang. Semoga perut anda cantik. Anda boleh ulang semula mengikut kitaran hari pertama pada hari kelapan. 

Semoga berjaya.

#StayAtHome
#KitaJagaKita


Sumber : infosihat.gov.my



NAK KURUSKAN BADAN? KLIK GAMBAR DI BAWAH



https://bit.ly/AkuKurus

Apa Perlu Anda buat Jika Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan anda Stress

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah masuk Fasa Ke-3 ini sudah mula memberi kesan dan tekanan kepada sesetengah daripada kita. Ada antara kita yang sudah mula merasa tertekan atau stress. Jika anda salah seorang yang mula mengalami masalah ini, mari kita lihat nasihat dan cadangan yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya kesihatan mental kita masih berada pada tahap yang tidak membimbangkan.

Apabila anda mula merasakan tekanan akibat PKP ini, apakata ambil langkah segera dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :

i) Sentiasa berhubung dan berinteraksi dengan orang tersayang dan rakan rapat.

ii) Amalkan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur.

iii) Kurangkan masa melayari media sosial.

iv) Membaca dan mendengar muzik

v) Lakukan aktiviti senaman ringan seperti regangan otot dan yoga.

vi) Teknik ekspresi seni seperti melukis

vii) Cari Hobi baru

viii) Membantu ahli keluarga dalam tugasan.

Banyak lagi sebenarnya aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP ini di rumah. Lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Gunakan masa terluang ini untuk muhasabah diri dengan mendekatkan lagi diri kita pada tuhan yang Esa. Banyak mengaji, solat sunat, solat qada' dan ibadah lain yang boleh menjadi makanan rohani kita. 

Selamat beramal.

Sumber : infosihat.gov.my



Tips Kurus?
Klik Gambar di Bawah


Covid-19 : Kekal cergas di rumah dengan latihan Litar di rumah

Hari ini kita akan belajar cara kekal cergas di rumah terutamanya pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah masuk Fasa Ke-3 ini. 

Kita boleh terus kekal cergas dengan mengamalkan Latihan Litar di rumah. Bersenam tidak akan jadi masalah walaupun anda kekal di rumah. Jom kita buat Latihan Litar di rumah.

#Stesen Tangga : Jika rumah anda mempunyai tangga, gunakan tangga untuk buat senaman 'stairs up dan down'.

#Stesen Sofa : Kemudian beralih ke stesen sofa. Lakukan senaman 'Knee to Elbow' . 

#Stesen Depan TV : Di sini anda boleh lakukan senaman "lunges" .

#Stesen Meja Kopi : Lakukan senaman 'push up' apabila berada di stesen meja kopi.

#Stesen Dinding : Dinding juga boleh digunakan untuk bersenam. Anda boleh lakukan 'wall squat'

Anda boleh buat senaman ini secara 10 ulangan dengan 3 set. Pastikan anda rehat 1 minit antara setiap set.

Seperti biasa pastikan anda melakukan sesi regangan sebelum dan selepas aktiviti senaman untuk mengelak sebarang kecederaan.

Sumber : infosihat.gov.my




Tips Kurus?
Klik Gambar di Bawah

Cabaran Aktif 7 Hari di Rumah

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang telah masuk Fasa ke-3 ini. Apakata kita sama-sama sahut cabaran aktif 7 hari di rumah dengan 3 senaman mudah iaitu Squats, Push Ups dan Leg Lifts.

Teruskan kekal aktif untuk memastikan kita sentiasa sihat dan cergas bagi melawan Covid-19 ini.
Pastikan anda melakukan sesi regangan sebelum dan selepas aktiviti senaman untuk mengelak sebarang kecederaan.

Hari Pertama :
30 Squats ;  3 Push Ups ; 10 Leg Lifts;

Hari Kedua :
35 Squats ;  6 Push Ups ; 15 Leg Lifts;

Hari Ketiga :
40 Squats ;  9 Push Ups ; 20 Leg Lifts;


Hari Keempat :
45 Squats ;  12 Push Ups ; 25 Leg Lifts;

Hari Kelima :
50 Squats ;  15 Push Ups ; 30 Leg Lifts;


Hari Keenam :
55 Squats ;  18 Push Ups ; 35 Leg Lifts;

Hari Ketujuh :
60 Squats ;  20 Push Ups ; 40 Leg Lifts;



Sumber : infosihat.gov.my

Tips Kurus?
Klik Gambar di Bawah




Jadual waktu makan yang betul untuk kita capai misi kuruskan badan?

Jom kita tengok jadual masa makan yang baik untuk kita lengkapkan jadual pemakanan seimbang kita dengan pengambilan nilai kalori yang betul.


Nampak tak jadual pemakanan yang bagus untuk kita? Disiplin kena ada kalau ada hajat besar untuk kuruskan badan. Kalau tak, memang payah dan agak mustahil untuk turunkan berat badan.

Nak Kuruskan Badan? Klik Gambar Di bawah



https://bit.ly/AkuKurus