Salam Ramadan Kareem. Memasuki Fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan dengan pelbagai kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan. Teruskan mengamalkan SOP kesihatan, kekalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer, elakkan bersentuhan sentiasa patuh dengan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kita akan memasuki fasa baharu PKPB iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Sudah tentu pihak kerajaan telah memikirkan dengan sebaik-baiknya dari pelbagai aspek berkenaan PKPB ini. Jadi kita sebagai rakyat terus patuh dengan SOP yang dikeluarkan. Amalkan Norma Baharu dalam kehidupan seharian kita. Sebagai umat Islam, gunakan kesempatan bulan yang mulia ini untuk terus berdoa agar virus corona ini lenyap dari muka ini pada bulan Ramadan ini.
Sekarang tugas kita memainkan peranan untuk terus kekal sihat. Hari ini Majalah Sihat akan berkongsi tips mudah yang diberikan oleh KKM bagi memastikan kita kekal hidrat di bulan Ramadan ini dengan tips 8 Gelas Air kosong sehari.
Ada yang bertanya, adakah dapat minum 8 gelas air kosong sehari dalam bulan Ramadan ini. Jom kita lihat tips bagaimana cara mudah untuk minum 8 gelas air kosong sehari dalam bulan Ramadan ini. Sebelum itu, untuk pengetahuan anda, air kosong tidak mempunyai kalori, jadi sangat sesuai diamalkan untuk kesihatan di samping mengekalkan bentuk badan yang seimbang.
#Segelas air pertama
Diminum selepas anda bangun daripada tidur untuk bersahur. Sebelum bersugi tu, minum dulu segelas air kosong. Ade pelbagai manfaat minum air selepas bangun daripada tidur seperti dapat memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan serta dapat menambah tahap metabolisme tubuh untuk melangsingkan badan.
# Gelas kedua diminum semasa bersahur atau selepasnya.
# Gelas ketiga diminum semasa berbuka puasa selepas makan kurma. Mulakan dengan air kosong kemudian baru diterukan dengan menu yang lain.
# Gelas keempat diminum selepas solat Maghrib.
# Antara solat Maghrib dan Isyak boleh diambil segelas lagi air masak terutamanya jika anda sambung makan selepas solat Maghrib.
# Selepas Isyak sebelum solat Tarawikh ambil lagi segelas air kosong.
# Gelas ke tujuh selepas solat Tarawikh semasa anda menikmati hidangan moreh.
# Dan kelas kelapan boleh diambil sebelum anda masuk tidur.
Kurangkan dan kalau boleh elakkan minum air manis terlalu banyak semasa berbuka puasa. Gunakan bulan Ramadan ini untuk bina kembali kondisi tubuh kita yang sihat dan masa ini sangat sesuai jika ingin menurunkan berat badan.
Teruskan kekal sihat di bulan mulia ini.
#StayAtHome
#KitaJagaKita
Sumber : infosihat.gov.my